Sabtu, 1 Disember 2007

Ahad, 14 Oktober 2007

Program Iktikaf MTAS 2007

6-10 Okt, Seremban - Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah telah berjaya mengadakan program Iktikaf untuk pelajar-pelajar selama 5 hari 4 malam dengan pecahan 7 kumpulan iktikaf di 7 buah masjid berikut :

1. Masjid Kariah Paroi
2. Masjid Ampangan
3. Masjid Sikamat
4. Masjid Bukit Chedang
5. Masjid Kariah Sendayan
6. Masjid Mambau
7. Masjid Bandar Baru Senawang

Antara aktiviti yang dijalankan semasa iktikaf tersebut ialah Solat Tahajjud, tadarrus, mengulang Hafazan Al-Quran, latihan berceramah, khatam Al-Quran, mengimami terawih dan lain-lain aktiviti ibadah. Program ini bertujuan memberikan latihan secara praktikal kepada pelajar dari segi ibadah serta pendedahan para pelajar kepada masyarakat.

Pendaftaran Kemasukan 2008 dibuka sekarang !!!


MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH

Penaung
Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Murtadza Sheikh Ahmad

Pengetua
Ustaz Mohd Muhsin Bin Sheikh Ahmad
* Sarjana Muda Al-Quran, Uni. Al-Azhar, Mesir
* Sarjana Muda Perundangan Islam, Univ, Al-Azhar, Mesir
* Ijazah Qiraat As-Sab'ah (Qiraat Tujuh)
* Diploma Tahfiz & Qiraat, JAKIM

Objektif
~ Meneruskan kesinambungan sistem pendidikan As-Sa'idiyyah daripada peringkat rendah.
~ Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlangdari segi akademik, sahsiah dan keusahawanan.
~ Melahirkan generasi pelajar yang mendapat pentarbiyahan rabbani.
~ Melaksanakan pentarbiyahan bersepadu melalui Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh (SPPM).

Tonggak Kecemerlangan MTAS
* Al-Quran
* Kepimpinan
* Akademik
* Sahsiah
* Keusahawanan
* Bahasa
* Sukan

Moto
Al-Quran Sumber Kehidupan

Kurikulum
~ Kurikulum Khas berpandukan Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh (SPPM)
~ Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
~ Kurikulum Tahfiz (hafazan Al-Quran 30 juz)

Mata Pelajaran
Akademik : Diniyyah (Agama) :
~ Bahasa Melayu
~ Bahasa Inggeris
~ Bahasa Arab
~ Sains
~ Matematik
~ Sejarah
~ Geografi
~ Kemahiran Hidup
~ Pendidikan Islam
Diniyyah (Agama) :
~ Tauhid
~ Sirah
~ Feqah
~ Hadith
~ Al-Quran
~ Tajwid
~ Muthola'ah
~ Insyak


Ko-Kurikulum
* Pergerakan Syabab & Fatayat
~ Perkhemahan (Ikatan & Ikhtiar Hidup)
~ Kawad Kaki
~ Memasak
~ Pertolongan Cemas
* Kelab & Persatuan
* Sukan & Olahraga
*Kesenian & Kebudayaan

Syarat Kemasukan
~ Tamat darjah 6 dan memiliki sijil UPSR
~ Terbuka kemasukan ke Ting. 1, 2, 3, 4 & 5.
~ Berkemahiran membaca Al-Quran & tulisan jawi.
~ Lulus ujian temuduga yang diadakan oleh pihak MTAS.
~ Calon yang mempunyai sijil SPPM atau setaraf adalah diberikan keutamaan.

Yuran
~ Pendaftaran RM 200.00
~ Semester RM 150.00
~ Bulanan :
~ Pengajian Rm 190.00
~ Asrama RM 190.00

* Tidak termasuk buku-buku, pakaian & lain-lain kelengkapan.