Ahad, 14 Oktober 2007

Program Iktikaf MTAS 2007

6-10 Okt, Seremban - Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah telah berjaya mengadakan program Iktikaf untuk pelajar-pelajar selama 5 hari 4 malam dengan pecahan 7 kumpulan iktikaf di 7 buah masjid berikut :

1. Masjid Kariah Paroi
2. Masjid Ampangan
3. Masjid Sikamat
4. Masjid Bukit Chedang
5. Masjid Kariah Sendayan
6. Masjid Mambau
7. Masjid Bandar Baru Senawang

Antara aktiviti yang dijalankan semasa iktikaf tersebut ialah Solat Tahajjud, tadarrus, mengulang Hafazan Al-Quran, latihan berceramah, khatam Al-Quran, mengimami terawih dan lain-lain aktiviti ibadah. Program ini bertujuan memberikan latihan secara praktikal kepada pelajar dari segi ibadah serta pendedahan para pelajar kepada masyarakat.

Tiada ulasan: